Friday, June 10, 2011

MINYAK NAIK. MARAH. CUBE BACA DULU.

salam. sekadar nk berkongsi




* Malaysia Bukanlah Pengeluar minyak utama, bahkan jika nak diikutkan Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11.



* Malaysia mengeluarkan minyak jenis Tapis, namun minyak tersebut tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.



* Penggunaan minyak di Malaysia setiap hari melebihi had pengeluaran yang Petronas hasilkan untuk sehari, contohnya pada 2006 PETRONAS mempunyai tiga loji penapis minyak dengan jumlah keupayaan 256,000 tong sehari atau 47 peratus daripada jumlah keluaran negara. Baki sebanyak 53 peratus disumbang oleh loji penapisan minyak yang dimiliki oleh Shell (155,000 tong sehari), Exxon-Mobil (88,000 tong sehari) dan Conoco Phillips (48,000 tong sehari). Oleh kerana Malaysia menggunakan 520,000 tong sehari, dan pengunaan tersebut semakin meningkat dari masa ke semasa maka secara tak langsung kita juga bergantung kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa. Dan disebabkan oleh pengunaan melebihi pengeluaran juga pada 2010 satu kajian menjangkakan Malaysia akan menjadi Net Importer untuk Produk petrolium ini pada tahun 2011 seandainya peningkatan pengunaan produk petrolium ini tidak dikawal



* Pada 2008 Dari segi produk petroleum tempatan (petrol, diesel dan LPG), PETRONAS hanya membekalkan 42 peratus daripada pasaran runcit produk petroleum. Bakinya dibekalkan oleh syarikat asing seperti Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Jika harga runcit produk petroleum hendak dikekal rendah, Kerajaan terpaksa menanggung keseluruhan subsidi minyak dan adalah tidak bijak Kerajaan berbuat demikian. Jika PETRONAS pula dikehendaki menanggung keseluruhan subsidi tersebut, bermakna PETRONAS juga terpaksa menanggung subsidi yang sepatutnya dibayar oleh Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Ini kerana Kerajaan tidak boleh memaksa syarikat minyak asing untuk menanggung subsidi tersebut kerana ia bukan milik Kerajaan. Senang ceritanya kat sini, kita terpaksa membeli petrolium dari syarikat lain bagi menampung keperluan Negara kita dan harga syarikat asing tersebut sudah pastinya pada harga pasaran dunia.


SO, JANGANLAH CEPAT SGT NK TUNDING JARI KE SANA SINI SBB KITA X TAHU APE SEBABYA.. AND KERAJAAN AND PETRONAS IS 2 BADAN BERLAINAN. SEKIAN HARAP MAKLUM =)




sumber : http://dnobiz.com/santai/harga-minyak-mengapa-harga-minyak-kita-mahal-sedangkan-kita-pengeluar-minyak/